PUTRAJAYA: Datuk Zainal Abidin Ahmad dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia.
Zainal adalah seorang diplomat yang berkhidmat di Kementerian Luar sejak 1983.
Pada masa ini, Zainal Abidin merupakan Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan Asean-Malaysia di Wisma Putra.
Beliau merupakan Duta Besar Malaysia ke Laos dari 2007 hingga 2010.


