suria

Isu Kantin Sementara Di Bilik Persalinan Disiasat - Kamalanathan

P Kamalanathan.
P Kamalanathan.
P Kamalanathan.

PETALING JAYA: Pihak sekolah mempunyai kuasa untuk menutup kantin mereka, tetapi kantin sementara perlu diwujudkan di premis yang selamat dan bersih.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan berkata, pihak sekolah juga dibenarkan untuk melantik operator kantin sementara secara kontrak.

"Ia bukan sahaja semasa bulan puasa, tetapi ada ketika pihak sekolah perlu menutup kantin bagi pengubahsuaian atau kerja-kerja membaik pulih.

"Tetapi saya tidak menegaskan sekeras-kerasnya bahawa premis sementara mesti di lokasi yang bersih dengan kemudahan yang menyamai dengan kantin yang lengkap.

"Saaya amat kesal dengan keputusan yang dibuat oleh sekolah tertentu... yang jelas mereka tidak mengikut prosedur, dan saya telah menghantar para pegawai saya untuk menyiasat perkara berkenaan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Sekolah berkenaan merujuk kepada SK Sri Pristana di Sungai Buloh, di mana kantinnya ditutup kerana bulan Ramadan dan membuat kantin sementara di bilik persalinan yang bersebelahan dengan tandas.

Perkara itu dibangkitkan oleh ibu bapa yang menyiarkan gambar berkenaan di laman sosial Facebook.

Ketika dihubungi, ibu kepada seorang murid berkata, dia berkunjung ke sekolah pada tengah hari Isnin semasa waktu rehad anaknya.

"Seorang pegawai sekolah memberitahu saya bahawa kantin ditutup kerana tiada tukang cuci untuk membersihkan kantin itu.

"Apabila saya membuat aduan mengenai kantin sementara itu, pegawai itu bertanya sekiranya saya mahu mereka makan di taman di luar, di mana di kawasan stor untuk perabot-perabot sekolah yang rosak.

"Pegawai itu kemudiannya berkata, murid-murid akan dipindahkan ke satu lagi bilik persalinan yang bukan bersebelahan dengan tandas," kata ibu murid berkenaan.

Tambahnya, ketiak ditanya kenapa ibu bapa murid-murid tidak dimaklumkan mengenai penutupan kantin sekolah semasa bulan puasa, pegawai sekolah itu membalas bahawa ia adalah "perkara biasa".

Artikel Lain