suria

Lebih Pengawasan Di Kawasan Transit KLIA

Salah satu ruang yang terdapat di kawasan transit KLIA. -foto THE STAR
Salah satu ruang yang terdapat di kawasan transit KLIA. -foto THE STAR
Salah satu ruang yang terdapat di kawasan transit KLIA. -foto THE STAR

PETALING JAYA: Pengawasan di beberapa ruang terpencil yang bukan di bawah radar kamera litar tertutup akan dipertingkatkan di kawasan transit KLIA untuk menghalang penumpang yang terkandas daripada bersembunyi atau yang tinggal di sana.

Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) juga mengkaji kemungkinan memasang kamera tambahan di kawasan-kawasan terselindung di mana pelancong yang mempunyai dokumen perjalanan tidak lengkap boleh mendapatkan perlindungan dan tinggal melebihi tempoh.

Pengurus Besar Kanan MAHB (Operasi) Datuk Azmi Murad berkata, walaupun sukar bagi orang ramai bersembunyi dari kawalan keselamatan lapangan terbang itu, mereka tidak mengambil peluang berikutan beberapa kes baru-baru ini.

Beliau berkata satu pasukan petugas yang terdiri daripada pegawai keselamatan, imigresen dan syarikat penerbangan telah mula memeriksa penumpang yang bermalam di zon transit untuk menentukan sama ada mereka benar-benar penumpang yang menunggu untuk menyambung penerbangan.

Beliau berkata nama dan maklumat penerbangan mereka telah direkodkan dan pergerakan mereka di kawasan terhad itu dipantau.

"Kami telah mengenal pasti beberapa kawasan terpencil yang sering dikunjungi oleh penumpang dan mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan-kawasan tersebut," katanya.

Pemeriksaan ketat dilakukan ekoran kes seorang rakyat Palestin Ahmed Kanan yang menghabiskan lebih 50 hari di kawasan transit tanpa tidak diketahui pihak berkuasa.

Ahmed telah menawarkan diri untuk bekerjasama dengan MAHB bagi berkongsi pengalaman beliau tentang bagaimana dia tinggal di zon transit dengan selamat dan dengan bantuan penumpang serta pekerja lapangan terbang.

Dalam lawatan ke zon transit, yang mempunyai jarak kira-kira 1 km panjang itu menunjukkan bahawa ruang bahagian berita dan sukan adalah antara tempat kegemaran untuk penumpang yang mempunyai tempoh transit panjang.

Kedua-dua 'lounge' terletak di tingkat mezzanine di pintu ketibaan dan berada dalam suasana aman serta selesa untuk sesiapa yang ingin tidur sebentar.

Ahmed telah "berkhemah" di ruang berita yang dilengkapi dengan empat set televisyen yang menyiarkan berita dan tayangan filem 24 jam serta mempunyai soket yang mencukupi untuk mengecaj alat elektronik yang semuanya disediakan percuma.

Ia juga menawarkan set sofa tunggal dan dua tempat duduk untuk penumpang duduk atau tidur dan juga melayari internet secara percuma.

Kawasan transit ini mempunyai 63 kedai runcit, 17 kedai makanan dan minuman, taman dengan air terjun, hotel transit dan kawasan yang mencukupi bagi penumpang untuk berehat, malah untuk mendapatkan urutan.

Bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, KLIA mencatatkan sejumlah 18.2 juta penumpang dan MAHB kini bimbang dengan kemudahan lima bintang yang disalahguna oleh pelancong yang tidak bertanggungjawab.

Artikel Lain