Jabatan Agama Islam Perlu Pantau Restoran 24 Jam Sepanjang Ramadan - Semasa | mStar

Jabatan Agama Islam Perlu Pantau Restoran 24 Jam Sepanjang Ramadan

YAN: Jabatan Agama Islam di setiap negeri diminta melakukan pemantauan di semua restoran yang beroperasi 24 jam bagi memastikan orang Islam yang tidak berpuasa tidak sewenangnya membeli makanan secara terbuka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pemantauan itu perlu dilakukan bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap orang Islam yang sengaja tidak berpuasa.

Beliau berkata, pengusaha restoran makanan 24 jam tidak dipaksa menutup operasi mereka bagi membolehkan orang bukan Islam mendapatkan makanan sepanjang Ramadan.

"Pengusaha restoran 24 jam perlu bekerjasama dengan jabatan agama serta Pihak Berkuasa Tempatan. Mereka dilarang untuk menjual makanan kepada orang Islam kecuali pada waktu munasabah," katanya di sini, Ahad.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Bekas Tentera Tidak Berpencen, Darat, Udara dan Laut (Daulat) di Dewan Serbaguna Guar Chempedak di sini, Ahad. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain