suria

Makmal Dadah Ditemui Di Balik Pulau, Seorang Suspek Ditahan

Timbalan Ketua Polis Barat Daya, DSP Lai Fah Hin menunjukkan pelbagai jenis dadah serta peralatan membuat dadah yang dirampas semasa membuat serbuan di sebuah makmal dadah di Taman Kristal Pondok Upeh Rabu lepas ketika mengadakan sidang media di Balik Pulau, P.Pinang, Jumaat. -fotoBERNAMA

BALIK PULAU: Polis di sini membongkar kewujudan sebuah makmal memproses dadah di sebuah rumah teres yang kegiatannya didalangi seorang wanita Indonesia dan kekasihnya yang merupakan rakyat tempatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Lai Fah Hin berkata wanita berumur 21 tahun itu telah ditahan di rumah itu dan dia direman sehingga Rabu depan.

Beliau berkata suspek terbabit merupakan bekas pekerja kilang di Bayan Lepas dengan pasportnya telah tamat tempoh sejak setahun lepas.

Kekasihnya tidak berada di rumah tersebut ketika serbuan dilakukan, namun pihak polis telah mengenal pasti identitinya dan dijangka diberkas tidak lama lagi.

Lai suspek suspek lelaki berusia 34 tahun itu memiliki dua rekod jenayah lampau serta pernah ditahan kerana mengedar dadah.

Beliau berkata kedua-duanya dipercayai menjalankan kegiatan memproses dadah sejak tiga minggu lepas di rumah yang disewa mereka di Taman Kristal Pondok Upeh.

Lai berkata pihak polis yang menyerbu rumah itu Rabu lepas turut menemui 56 gram syabu, pil psikotropik, pelbagai bahan kimia dan peralatan memproses dadah yang dianggarkan bernilai RM276,00.

Beliau berkata pasangan tersebut memproses syabu dan ekstasi yang dipercayai untuk edaran di Pulau Pinang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain