suria

Tiada Isu Jika Bumburing Tidak Sertai Pakatan Rakyat – PKR

PETALING JAYA: Tidak mengapa sekiranya bekas Presiden Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Datuk Seri Wilfred Bumburing tidak menyertai Pakatan Rakyat meskipun bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, kata Naib Presiden PKR, N. Surendran.

"Ia berlaku, kita mempunyai hubungan yang baik dan beliau masih lagi bersama dengan matlamat dan sasaran parti,” katanya kepada The Star Online di lobi Parlimen pada Selasa.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), Bumburing yang merupakan bekas Ahli Parlimen Tuaran menewaskan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli, Jahid Hahim dari Parti Bersatu Sabah.

Bagaimanapun, beliau gagal untuk mempertahankan kerusi parlimen Tuaran ketika bertanding dengan Madius Tangau dari Upko.

Artikel Berikut

Artikel Lain