suria

Keluarga Bekas Pembantu Calon PKR Tapah Tuntut Jawatankuasa Khas Siasat Kematian Murugan

KUALA LUMPUR: Keluarga mendiang K. Murugan, pembantu calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Parlimen Tapah, menuntut satu jawatankuasa khas Parlimen dibentuk bagi menyiasat kematiannya.

Ibu, kakak serta isteri mangsa turut menyerahkan memorandum kepada ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menuntut satu siasatan yang adil dalam kes kematian Murugan.

Keluarga mendiang mendakwa setakat ini 22 ahli PKR dan orang awam telah disoal siasat, namun tiada wakil Barisan Nasional dipanggil untuk membantu siasatan.

Mereka mendesak semua parti politik yang terlibat disiasat.

Keluarga si mati mendakwa empat memorandum telah diserahkan dan lebih 10 laporan polis telah dibuat namun hingga kini Ketua Polis Negara belum memberi sebarang respons.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ketika ditemui pemberita berjanji akan menyerahkan memorandum berkenaan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Murugan merupakan bekas pembantu calon PKR Tapah, K. Vasantha Kumar.

Beliau dilaporkan hilang pada 1 Mei lalu dan mayatnya ditemui terapung dalam lombong tiga hari kemudian di sebuah tasik di Batu Gajah.

Bedah siasat yang dijalankan mendapati mendiang mati akibat kecederaan yang disebabkan dipukul di kepala.

Artikel Lain