Black 505: Beberapa Kumpulan Terus Berkampung di Padang Merbok - Semasa | mStar

Black 505: Beberapa Kumpulan Terus Berkampung di Padang Merbok

Puluhan khemah telah didirikan di Padang Merbok oleh sebahagian peserta Himpunan Black 505. - Foto THE STAR.
Puluhan khemah telah didirikan di Padang Merbok oleh sebahagian peserta Himpunan Black 505. - Foto THE STAR.

KUALA LUMPUR: Sebahagian daripada peserta Himpunan Black 505 terus berkampung dan akan bermalam di Padang Merbok, walaupun himpunan berkenaan telah berakhir pada pukul 6 petang Sabtu.

Terdahulu, dalam pada akhir himpunan berkenaan pengacara majlis mengumumkan peserta akan kekal berkampung di padang berkenaan dengan tujuan mendesak pimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan mereka.

Pemimpin gerakan Asalkan Bukan Umno (Abu), Harris Fatillah Mohamed Ibrahim berkata, tempoh kempen itu akan berlangsung selama dua malam bermula Sabtu sehingga Isnin sebelum berarak ke Parlimen.

"Lebih banyak khemah akan didirikan di Padang Merbok pada malam ini (Sabtu).

"Kita jangkakan lebih banyak akan hadir. Kita rancang untuk dua hari, tetapi kita tak akan pergi selagi (pimpinan) SPR berundur," katanya.

Kira-kira 30 hingga 40 buah khemah telah didirikan di Padang Merbok, sementara Abu berkata kumpulan berkenaan akan mendirikan khemah mereka pada pukul 10 malam.

Bagaimanapun, peserta himpunan yang berkampung di padang berkenaan pasti tidak akan selesa kerana kemudahan awam seperti tandas awam berhampiran turut ditutup oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Antara kumpulan yang turut serta ialah Solidariti Anak Muda Malaysia, Abu, Solidariti Mahasiswa dan beberapa orang awam. “DBKL telah menutup tandas awam di sini,” kata Haris kepada The Star Online.

Setakat ini, pihak polis mahupun DBKL tidak mengambil tindakan mengalihkan khemah-khemah yang telah dipasang.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain