suria

Penebat Runtuh: Lebih Banyak Bahagian Kereta Dijumpai

GEORGE TOWN: Lebih banyak bahagian kereta dijumpai ketika operasi menggali dilakukan di Jalan Macalister berikutan kejadian ribut kencang yang berlaku di negeri itu Khamis lalu.

Pasukan mencari dan menyelamat menemui tempat duduk belakang dan satu lagi tayar kereta tersebut kira-kira pukul 7.30 pagi Isnin.

Kereta itu dikenal pasti kepunyaan Lim Chin Aik, 44, yang dilaporkan hilang.

Pada Ahad, pasukan mencari dan menyelamat menjumpai tiga tayar, termasuk satu tayar ganti ketika kerja menggali untuk mencari mangsa yang dipercayai tertimbus dalam lubang jalan sedalam lima meter yang terhasil akibat dihempap runtuhan penebat kilat Menara Umno dan kejadian ribut kencang itu.

Artikel Lain