suria

Kabinet: Tiada Wakil MCA Tetapi Diperuntuk Jawatan Menteri Pengangkutan - PM

PUTRAJAYA: Buat pertama kalinya dalam sejarah pembentukan kabinet kerajaan Malaysia sejak merdeka, tiada wakil daripada MCA yang disenaraikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan senarai barisan kabinetnya pada Rabu tidak menamakan walau seorang pun wakil daripada parti komponen kedua terbesar dalam Barisan Nasional (BN) itu sebagaimana yang dipinta oleh parti berkenaan.

Bagaimanapun, Najib berkata, kerajaan telah memperuntukkan satu jawatan Kabinet kepada MCA iaitu Menteri Pengangkutan untuk dipertimbangkan oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

Katanya, jawatan Menteri Pengangkutan ketika ini dipangku oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga diumumkan sebagai Menteri Pertahanan yang baru.

"Sebuah Kementerian (Pengangkutan) itu dipangku (menteri) untuk membolehkan ia dipimpin oleh MCA sekiranya mereka dapat meminda EGM (mesyuarat agung luar biasa) nanti.

"Kalau kerajaan hendak pertimbangkan maka kita kena ubah (menerusi) EGM," katanya selepas mengumumkan senarai barisan Kabinet yang baru di sini, Rabu.

Beliau menambah, senarai kabinet yang baru itu harus dipertimbangkan untuk semua kaum.

Artikel Lain