suria

Pembantu Kedai Aksesori Kereta Didakwa Terlibat Penggubahan Wang Haram

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu kedai aksesori kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM4,998 pada Disember 2011.

Tan Yee Hau, 29, didakwa menerima wang itu hasil daripada aktiviti haram daripada seorang juruaudit di Public Bank Berhad, Cawangan Jalan Kuchai Lama, di Jalan 6/116B, Kuchai Entrepreneurs Park Off Jalan Kuchai Lama di sini pada 1.27 tengah hari, 5 Disember 2011.

Dia didakwa mengikut subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh didenda sehingga RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Norsharidah Awang membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Jun untuk sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Roslina Idris manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -BERNAMA

Artikel Lain