Pesta Buku Antarabangsa KL 2013 Dibuka Sehingga Esok - Semasa | mStar

Pesta Buku Antarabangsa KL 2013 Dibuka Sehingga Esok

KUALA LUMPUR: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) hanya akan berlangsung sehingga Sabtu untuk membolehkan pempamer dan petugas PBAKL menunaikan hak mengundi di kawasan masing-masing pada pilihan raya umum Ahad ini.

Pengerusi Jawatankuasa Seranta, Komunikasi dan Duta Buku Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Ishak Hamzah berkata waktu operasi untuk dua hari terakhir juga akan dilanjutkan dari pukul 9 pagi hingga 10 malam.

"Susulan daripada pilihan raya umum ke-13 yang berlangsung serentak dengan hari akhir PBAKL (5 Mei), Jawatankuasa Pengelola PBAKL ingin memaklumkan perubahan terhadap tarikh operasi.

"Ia hanya akan berlangsung sehingga 4 Mei, Sabtu sahaja," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat. - BERNAMA

Artikel Berikut

Petugas BN Maut Selepas Dua Hari Koma

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

"Kami sudah beri yang terbaik" - Aidil

"Mereka tidak layak cakap pasal hoki"