suria

Cuaca Cerah Dikebanyakan Negeri Pada Pagi Ahad

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca cerah dan tiada hujan di sebelah pagi di kebanyakan negeri pada hari pengundian Ahad ini.

Negeri berkenaan ialah Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Selangor serta Negeri Sembilan.

Namun begitu, menurut kenyataan jabatan itu hari ini, dua kawasan di Selangor diramalkan mendung pada sebelah pagi iaitu di Kuala Langat dan Sepang.

Hujan pula diramalkan pada sebelah pagi di 13 kawasan di Perak iaitu Larut, Parit Buntar, Bagan Serai, Bukit Gantang, Taiping, Padang Rengas, Sungai Siput, Tambun, Ipoh Timur, Ipoh Barat, Batu Gajah, Kuala Kangsar dan Gopeng.

Di Pahang, hujan diramalkan di Kuantan, Paya Besar, Pekan dan Rompin manakala di Sabah, hujan dijangka di Batu Sapi, Kinabatangan, Silam dan Tawau.

Lima kawasan di Sarawak juga bakal dilanda hujan iaitu di Mas Gading, Santubong, Petra Jaya, Bandar Kuching dan Stampin.

Pada hari berkenaan, jabatan itu meramalkan bahawa ribut petir akan berlaku pada sebelah petang di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Negeri Sembilan.

Sehubungan itu, para pengundi dinasihatkan membawa payung dan berhati-hati ketika keluar mengundi.

"Ramalan cuaca ini hanya sebagai panduan kepada pengundi. Apa-apa pun orang ramai digalakkan keluar mengundi awal memandangkan ada sesetengah tempat akan mengalami hujan dan ribut petir pada sebelah petang," kata jabatan itu.

Orang ramai diminta merujuk kepada laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia: http://www.met.gov.my, dan klik pada kolum 'Pengumuman' untuk mengetahui maklumat cuaca. -BERNAMA

Artikel Lain