Hanya Tian Chua Buat Laporan Mengenai Dakwat Kekal Hilang - Polis - Semasa | mStar

Hanya Tian Chua Buat Laporan Mengenai Dakwat Kekal Hilang - Polis

KUALA LUMPUR: Tinjauan Bernama mendapati dakwat yang dicalit di jari pengundi awal, masih kekal dan tidak hilang walaupun dibasuh beberapa kali dengan air.

Dakwat warna merah biji saga itu kekal dijari telunjuk sebelah kiri mereka setelah beberapa pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis, diminta oleh pemberita dan jurugambar membasuh tangan mereka.

Permintaan itu dibuat oleh media ekoran terdapat dakwaan kononnya dakwat tersebut mudah hilang apabila jari yang sudah dicalit itu dibasuh dengan air.

Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) SAC Zulkifli Mohamed pula ketika dihubungi berkata beliau tidak menerima aduan daripada 2,036 anggota polis yang mengundi awal pada Selasa berhubung dakwat kekal yang dicalit itu, hilang.

"Setakat ini, tangan saya beberapa kali dicuci, kesannya masih tidak hilang dan anggota (polis) saya pun sama," katanya.

Di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, seramai 3,963 anggota dan pegawai polis mengundi awal di dua pusat mengundi di sini Selasa.

Dalam pada itu, hanya Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang, di sini, hari ini berhubung dakwaan kononnya penggunaan dakwat kekal tidak kekal.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yusoof berkata kepada Bernama, polis tetap menerima sesiapa saja yang membuat aduan polis dan akan menyiasatnya.

Laporan polis itu dibuat susulan laporan sebuah portal yang mendakwa dakwat kekal yang sepatutnya tidak hilang sekurang-kurangnya tujuh hari selepas dicalitkan dijari, hilang menggunakan air dalam tempoh beberapa jam, oleh seorang anggota tentera.

Undi awal dijalankan pada Selasa melibatkan anggota tentera dan polis di seluruh negara dan penggunaan dakwat kekal, pertama kali digunakan pada pilihan raya di negara ini, bertujuan mengelak pemilih mengundi lebih daripada sekali walaupun selama ini tidak terdapat satu kes pun pengundi berbuat demikian.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata memandangkan laporan sudah dibuat, SPR menyerahkan polis menjalankan siasatan. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?