suria

Parti Politik Dilarang Memasang Bendera Di Laluan KTMB

KUALA LUMPUR: Parti politik diingatkan supaya jangan memasang bendera, poster dan kain rentang di kawasan laluan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kerana ia akan mengganggu operasi, terutama perkhidmatan kereta api elektriknya.

Menurut KTMB, masih terdapat parti politik yang tidak mematuhi larangan tersebut terutama di sekitar Lembah Klang apabila ada bendera yang telah jatuh di kawasan trek dan mengganggu perjalanan serta melambatkan perkhidmatan tren.

KTMB dalam kenyataan di sini Khamis berkata kawasan berdekatan laluan perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan komuter di Lembah Klang merupakan kawasan bahaya dan mempunyai cas elektrik setinggi 25,000 volt yang boleh membawa maut serta gangguan kepada perkhidmatan komuter dan ETS.

KTMB akan sentiasa memantau situasi tersebut dan akan mengambil tindakan dengan menanggalkan poster serta kain rentang yang boleh mendatangkan risiko keselamatan dan gangguan kepada perkhidmatan tren. - BERNAMA

Artikel Lain