Populariti Artis Bukan Jaminan Boleh Raih Undi - Penganalisis - Semasa | mStar

Populariti Artis Bukan Jaminan Boleh Raih Undi - Penganalisis

KUALA LUMPUR: Pilihan raya umum ke-13 menyaksikan tiga orang artis atau lebih tepat lagi penyanyi turut menjadi calon.

Mereka yang bertanding atas tiket pembangkang dan Bebas mempunyai alasan tersendiri untuk menjadi calon dan mewakili parti-parti berkenaan.

Namun yang menjadi persoalan ialah sama ada golongan artis mampu memenangi hati pengundi untuk memenangkan pula parti yang memilih mereka sebagai calon.

Bagi Prof Madya Dr Ismail Sualman, pengundi kini tidak hanya memandang populariti, tetapi mereka melihat sejauh mana artis berkenaan boleh membawa isu tempatan dan nasional.

"Pengundi juga mahu melihat rekod kerja mereka, sama ada mereka pernah terlibat dalam politik walaupun sebagai pemimpin bawahan atau terlibat dalam penyelesaian sesuatu isu. Mungkin mereka akan dipilih pengundi nanti," katanya.

Ismail selaku pensyarah kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara berkata jika artis hanya muncul secara tiba-tiba tanpa ada latar belakang politik, peratusan pengundi untuk memilih mereka adalah sangat kecil.

"Oleh itu kualiti seseorang calon perlu lebih mengatasi popularitinya," tambah beliau.

Ini kerana tanpa kualiti yang diinginkan pengundi, seperti mempunyai karisma sebagai seorang pemimpin dan kredibiliti, ia tidak cukup menjadikan artis sebagai calon boleh menang, katanya.

"Sebagai contoh Aishah (penyanyi Wan Aishah Wan Ibrahim) mempunyai ijazah Sains Politik dari luar negara, namun ia bukan kayu pengukur tentang kemampuannya sebagai pemimpin rakyat jika dia terpilih nanti.

"Dunia politik akan jadi seperti dunia hiburan di mana artis-artis lebih terkenal kerana kontroversi dan populariti berbanding kualiti mereka," katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Ahmad Atory Hussain menyifatkan tindakan parti meletakkan artis sebagai calon tidak lebih sebagai strategi untuk menarik undi semata-mata.

Beliau berkata langkah itu tidak mengambil kira kemampuan serta kredibiliti calon tersebut, dan dari satu sudut ia dilihat sebagai kelemahan parti yang tidak mempunyai calon yang lebih berwibawa untuk diketengahkan.

"Artis-artis yang menjadi calon dan tidak mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang dikehendaki, malah kemunculan mereka secara tiba-tiba dalam kancah politik, tidak akan mendapat sokongan pengundi," tegasnya.

Pada masa yang sama Ahmad Atory berkata apa juga latar belakang calon yang mahu bertanding, yang penting ialah niat mereka sama ada mereka mahu dipilih menjadi wakil rakyat atau sebagai pemimpin masyarakat.

"Artis yang terpilih menjadi wakil rakyat bukan semata-mata harus membela nasib golongan tertentu seperti membawa suara golongan mereka sahaja, kerana tanggungjawab wakil rakyat adalah lebih daripada itu," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain