Penyokong 'Bertempur' Sesama Sendiri Parahkan Krisis Dalaman PR - Semasa | mStar

Penyokong 'Bertempur' Sesama Sendiri Parahkan Krisis Dalaman PR

MUAR: Perebutan kerusi antara parti-parti pembangkang menyebabkan berlaku pertembungan sesama sendiri di tujuh kawasan bakal menyaksikan penyokong masing-masing bertempur sekali gus menjadikan krisis dalaman mereka bertambah parah. Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim berkata, kempen-kempen mereka akan menjadi carca merba dan keadaan tersebut menunjukkan pembangkang tidak pernah konsisten untuk bergabung dalam satu pakatan kononnya untuk rakyat.

"Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tanding sesama sendiri, ini sudah kelaziman dan kebiasaan pembangkang (tidak capai kesepakatan untuk agihan kerusi) sejak dulu lagi. Mereka kini berlawan sesama sendiri.

"Kita tidak dapat bayangkan macamana mereka nak berkempen. Adakah Pas akan berkempen untuk PKR, begitu juga sebaliknya," katanya mengulas mengenai pertembungan di tujuh kerusi itu terutamanya antara calon Pas dan PKR, dekat sini, Isnin.

Beliau bekata pertembungan enam penjuru di kerusi DUN Kota Damansara, Selangor melibatkan calon Barisan Nasional (BN), Halimathon Saadiah Bohan dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mohd. Nasir Hashim dan Ridzuah Ismail (Pas) serta tiga calon Bebas.

Di empat lagi kerusi DUN iaitu Panti, Johor; Sungai Acheh, Pulau Pinang; Bukit Besi dan Kota Putera (Terengganu) juga melibatkan calon dua parti pembangkang.

Di Panti, calon Pas, Azlisham Azahar bersama calon PKR, Mohd. Annuar Mohd. Salleh menentang calon BN, Datuk Baderi Dasuki.

Di Sungai Acheh, calon PKR, Badrul Hisham Shaharin ditentang calon Pas yang juga Ketua Pemuda negeri, Mohd. Yusni Mat Piah manakala keadaan yang sama berlaku di kerusi DUN Bukit Besi yang menyaksikan Roslan Ismail (Pas) bertanding bersama Shamsul Mat Amin (PKR).

Mengulas lanjut, Razali yang juga calon kerusi Parlimen Muar berkata, senario itu membuktikan dakwaan pembangkang yang selama ini melaung-laungkan bahawa kerjasama antara mereka kuat adalah palsu semata-mata.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata, ini berbeza dengan BN yang tidak berlaku pertembungan sesama sendiri melalui persepakatan jitu untuk memberi khidmat semata-mata untuk rakyat dan bukan mabuk kuasa.

Artikel Berikut

Perang Psikologi BN dan PR di Akhbar

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain