Ronnie Liu Digugurkan, Tony Pua Pertahan Kerusi Parlimen PJ Utara - Semasa | mStar

Ronnie Liu Digugurkan, Tony Pua Pertahan Kerusi Parlimen PJ Utara

Ronnie Liu
Ronnie Liu

PETALING JAYA: DAP pada Khamis mengumumkan senarai calon parti itu bagi negeri Selangor, Melaka dan Sarawak.

Apa yang mengejutkan pada majlis pengumuman itu adalah apabila nama Ronnie Liu digugurkan sebagai calon DAP Selangor yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)

Liu, merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran.

Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok juga tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara yang disandangnya, sebaliknya beliau hanya akan mempertahankan kerusi Parlimen Seputeh.

Kok merupakan exco kanan yang mengetuai bahagian pelaburan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Bercakap kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat DAP pada Khamis, Kok enggan mengulas mengenai tindakannya tidak mempertahankan kerusi DUN yang disandangnya sekaligus akan melepaskan jawatan exco kerajaan negeri Selangor.

"Keputusan ini dicapai selepas mengadakan perbincangan dengan pimpinan parti kita juga mahu memberi peluang untuk memperkenalkan muka-muka baru," katanya.

Beliau juga enggan mengulas ketika ditanya mengapa Liu digugurkan daripada senarai calon.

"Jangan tanya saya, tanya jawatankuasa pemilihan calon," katanya.

Kok menambah 10 daripada 25 calon bagi kerusi DUN adalah muka baru, dengan tujuh daripada tujuh ADUN turut bertanding pada PRU-13.

Sementara itu, Ketua Publisiti DAP, Tony Pua akan mempertahankan kerusi Parlimen Petaling Jaya Utara yang disandangnya.

DAP menang 13 daripada 15 kerusi DUN serta empat kerusi Parlimen ditandinginya pada PRU 2008.

Berikut adalah senarai penuh calon DAP Selangor: Kerusi Parlimen:

1) P102 Serdang - Ong Kian Ming

2) P103 Puchong - Gobind Singh Deo

3) P106 Petaling Jaya Utara - Tony Pua Kiam Wee

4) P110 Klang - Charles Anthony A/L R.Santiago

Kerusi DUN:

1) N.4 Sekinchan - Ng Suee Lim

2) N.6 Kuala Kubu Baharu - Lee Kee Hiong

3) N.22 Teratai - Tiew Way Keng

4) N.27 Balakong - Ng TienChee

5) N.28 Seri Kembangan - Ean Yong Hian Wah

6) N.30 Kinrara - Ng Sze Han

7) N.31 Subang Jaya - Yeoh Tseow Suan

8) N.34 Bukit Gasing - Rajiv A/L Rishyakaran

9) N.35 KampungTunku - Lau Weng San

10) N.36 DamansaraUtama - Yeo Bee Yin

11) N.44 Sungai Pinang - Teng Chang Khim

12) N.47 Padamaran - Tan Pok Shyong

13) N.48 Kota Alam Shah - Ganabatirau A/L Veraman

14) N.52 Teluk Datuk - Loh Chee Heng

15) N.56 Sungai Pelek - Lai Nyuk Lan

Artikel Berikut

ROS Tidak Iktiraf Pemilihan CEC DAP

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain