suria

21 Pati Ditahan Di Perairan Semporna

TAWAU: Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau memberkas 21 individu yang disyaki pendatang asing tanpa izin di perairan Semporna.

Ketua Penguatkuasa APMM Tawau, Kapten Wan Mohd Affandi Wan Ahmad berkata 11 individu beserta seorang juragan dan tiga awak-awak ditahan Ahad lalu di perairan Pulau Siamil/Denawan.

Mereka yang menaiki sebuah bot nelayan dipercayai dari Pulau Tawi-Tawi, Filipina menuju Tawau.

"Mereka ditahan anggota pasukan keselamatan yang sedang menjalankan Ops Daulat, di dalam sebuah bot nelayan yang mencurigakan. Kesemua mereka merupakan warganegara Filipina.

"Mereka gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam satu kenyataan.

Wan Mohd Affandi berkata 10 lagi individu termasuk seorang juragan dan empat awak-awak ditahan di perairan Pulau Ligitan sehari sebelum itu.

Mereka juga dipercayai dari Pulau Tawi-Tawi dengan menaiki bot kumpit. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain