suria

Jurutera, Penganalisis Kewangan Antara Calon Muka Baru LDP

KOTA KINABALU: Seorang jurutera perunding dan seorang penganalisis kewangan merupakan antara muka baru dalam senarai lima calon Parti Liberal Demokratik (LDP) termasuk Presiden parti Datuk V.K. Liew yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Sandakan.

Parti itu turut menamakan Ketua Pemudanya Chin Su Yin, seorang jurutera profesional sebagai calon pilihan untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas yang dimenangi Parti Maju Sabah (SAPP) yang keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada 2008.

Liew turut mengesahkan pada Rabu bahawa ahli majlis tertinggi parti itu Charles Pang sebagai calon BN untuk kerusi DUN Karamunting di daerah Sandakan.

Charles merupakan anak saudara kepada Datuk Peter Pang yang memenangi kerusi Karamunting di bawah tiket LDP pada 2008.

Peter bagaimanapun meninggalkan LDP kerana perbezaan pendapat dengan kepimpinan parti itu dan menyertai Gerakan.

Dua lagi yang disenaraikan sebagai calon LDP adalah Datuk Teo Chee Kang yang akan mempertahankan kerusi Tanjung Kapor dan penyandang DUN Merotai, Datuk Pang Yuk Ming.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain