suria

DUN Kedah, P.Pinang Dibubar Hari Ini

Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas menandatangani dokumen pengisytiharan pembubaran DUN sambil diperhatikan Ketua Menteri Lim Guan Eng di Seri Mutiara, Jumaat. -fotoBERNAMA

ALOR SETAR: Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berkuatkuasa pada Jumaat bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan pilihan raya umum ke-13.

Beliau membuat pengumuman itu di Istana Anak Bukit di sini selepas mendapat perkenan Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Pada Khamis, Azizan menghadap Sultan Kedah yang juga Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur untuk mendapatkan perkenan Seri Paduka bagi pembubaran DUN Kedah.

Rabu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan PRU13 diadakan.

Pada PRU12, Kedah dikuasai PAS yang menang 16 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) (4) dan DAP (1) manakala Barisan Nasional (BN) mendapat 14 kerusi - Umno (12), MCA (1) dan Gerakan (1).

Satu lagi kerusi, Bukit Selambau dimenangi calon Bebas V. Arumugam, yang kemudian menyertai PKR. Kerusi itu kemudian dikosongkan Arumugam untuk memberi laluan kepada pilihan raya kecil yang dimenangi S. Manikumar daripada PKR.

Bagaimanapun, dua Adun PKR pula - Tan Wei Su (Bakar Arang) dan Mohammad Radzhi Salleh (Lunas) - keluar parti untuk menjadi Adun Bebas.

Bagi kawasan parlimen, BN menguasai empat kerusi manakala 11 lagi oleh pakatan pembangkang PAS (6) dan PKR (5).

Dua anggota Parlimen PKR kemudian menjadi wakil rakyat Bebas iaitu Datuk Zulkifli Nordin (Kulim/Bandar Baharu) dan N. Gobalakrishnan (Padang Serai).

Di P.PINANG PULAU PINANG Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengumumkan pembubaran DUN berkuatkuasa serta-merta.

Pembubaran dibuat setelah mendapat perkenan Yang Dipetua Negeri, Tun Dr. Abdul Rahman Abbas. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain