DUN Perlis Dibubar Hari Ini - Semasa | mStar

DUN Perlis Dibubar Hari Ini

KANGAR: Dewan Undangan Negeri Perlis dibubar pada Rabu serentak dengan pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Pengumuman mengenai pembubaran itu dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis pukul 1 tengah hari.

Katanya, beliau menyembah maklum kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail melalui telefon mengenai perkara itu sebaik mesyuarat Exco berakhir pukul 12.50 tengah hari dan baginda memberi perkenan.

Raja Perlis kini berada di luar Perlis dan yang demikian perkara itu disembah maklum melalui telefon kepada baginda, katanya.

Bagaimanapun beliau akan memohon menghadap Raja Perlis sama ada malam Rabu atau Khamis berhubung perkara itu.

Md Isa berkata, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis Datuk Yazid Mat juga telah dimaklumkan mengenai pembubaran itu.

Mengenai persiapan pilihan raya umum, beliau berkata Barisan Nasional (BN) Perlis telah bersedia untuk menghadapinya dan sedang menunggu senarai calon daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi BN Perlis itu berkata, segala persiapan telah dibuat meskipun pengarah pilihan raya BN Perlis belum dilantik.

Perlis mempunyai tiga kawasan parlimen iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau yang dikuasai BN sebelum pembubaran Dewan Rakyat dan 15 kerusi dewan undangan negeri, iaitu 13 kerusi dikuasai BN dan dua kerusi dikuasi PAS - Simpang Empat dan Sanglang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan sebanyak 137,349 pemilih bagi negeri Perlis. - BERNAMA

Artikel Sebelum

DUN Perak Dibubar Hari Ini

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain