Rasionalisasi Subsidi & GST Tidak Beri Kesan Kepada Kumpulan Pendapatan Rendah - Semasa | mStar

Rasionalisasi Subsidi & GST Tidak Beri Kesan Kepada Kumpulan Pendapatan Rendah

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan cadangan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta rasionalisasi subsidi tidak akan memberi kesan kepada kumpulan berpendapatan rendah, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Dr Sukhdave Singh.

"Bagi kerajaan, dari segi pelaksanaan banyak asas seperti produk makanan, sebenarnya akan dikecualikan daripada program ini.

"GST boleh dilaksanakan dengan cara, tanpa kerugian ketara kepada kebajikan mereka," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan 'Seminar mengenai ucapan Gabenor BNM mengenai Ekonomi Malaysia & Perbincangan Panel' di sini, Khamis.

Mengenai rasionalisasi subsidi, Sukhdave berkata subsidi akan menjadi membazir kerana walaupun orang yang tidak memerlukannya, termasuk bukan rakyat Malaysia, mendapat manfaat daripadanya.

"Apabila anda merasionalkan subsidi, anda boleh memindahkan secara fizikal terus kepada golongan berpendapatan rendah. Ia juga akan membantu dengan ketara mengimbangi sebarang kesan negatif rasionalisasi subsidi kepada kumpulan yang berpendapatan rendah," kata Sukhdave, yang dilantik Timbalan Gabenor, berkuat kuasa 16 April.

Beliau juga menggesa Perusahaan Kecil dan Sederhana supaya menyesuaikan diri dengan dasar gaji minimum memandangkan dalam jangka panjang, langkah itu akan memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia dan kebajikan negara.

"Kita mahu menjadi sebuah ekonomi maju, tetapi apakah maknanya jika terdapat ketidakadilan dari segi pengagihan pendapatan.

"Kumpulan terendah dalam masyarakat kita harus mampu untuk mendapatkan pendapatan yang sekurang-kurangnya memenuhi keperluan asas mereka," kata beliau.

Sukhdave berkata Program Transformasi Ekonomi telah memainkan peranan pemangkin dalam menggalakkan pelaburan swasta di Malaysia dan ini menjadi sumbangan positif kepada ekonomi negara. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain