suria

Bapa Maut, Anak Cedera Parah Dalam Nahas Jalan Raya

KUANTAN: Seorang lelaki yang dalam perjalanan menghantar anak lelakinya ke sekolah, maut selepas motosikal yang dinaiki dua beranak itu bergesel dengan sebuah lori di km0.5, Jalan Bentong-Karak, dekat sini, Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa, Fairuz Izzuan Mohd Baharuddin, 33, yang tinggal di Taman Saga, Bentong, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Karisma itu dari arah Bentong menghala ke Karak, telah hilang kawalan sebelum bergesel di bahagian belakang sebuah lori.

"Selepas bergesel, mangsa dan anak lelakinya itu terjatuh, mangsa mati di tempat kejadian, manakala anaknya cedera parah di kepala dan badan," katanya ketika dihubungi.

Anak mangsa berusia tujuh tahun (nama belum dikenapasti) kini dirawat di Hospital Bentong.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

5 Telco Disaman

Artikel Lain