suria

Kesejahteraan Rakyat Tidak Boleh Digugat Mana-Mana Pihak - PM

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa kesejahteraan dan keamanan yang dinikmati oleh rakyat negara ini tidak boleh digugat oleh mana-mana pihak luar termasuk kumpulan penceroboh.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan menentang penceroboh dan musuh negara secara habis-habisan demi mempertahankan kesejahteraan rakyat yang dikecapi selama ini.

Beliau berkata apa bentuk tindakan kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah tidak sama sekali dapat mengganggu-gugat cara kehidupan rakyat negara ini.

"Kita menentang penceroboh itu dan melawan musuh-musuh kerana kita mahu pertahankan kesejahteraan yang kita nikmati," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Bakat Istimewa Semai Bakti Piala Perdana Menteri dan Karnival Jualan Produk Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Peringkat Kebangsaan 2013 di sini, Sabtu.

Sambil menaruh keyakinan penuh terhadap kegagahan pasukan keselamatan negara, Najib berkata insiden pencerobohan di Sabah akan dapat diatasi dengan bijak dan berkesan tidak lama lagi.

Antara yang hadir ialah ister Perdana Menteri merangkap Yang DiPertua Bakti Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Timbalan isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abd Rahman, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. -BERNAMA

Artikel Lain