suria

Lebuhraya Smart Ditutup Malam Ini Untuk Penyelenggaraan

KUALA LUMPUR: Lebuhraya Smart di sini akan ditutup kepada lalu lintas mulai 11 malam ini dan akan dibuka semula pada 6 pagi Khamis untuk kerja menyelenggara sistem terowong lebuh raya itu.

Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd (Smart) dalam kenyataan di sini Rabu berkata, pengguna boleh menghubungi talian bantuan Smart 1-300-88-7188 untuk pertanyaan lanjut mengenai penutupan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain