Kerajaan Sedia Insentif Atasi Kes Kanak-Kanak Didera Pengasuh Tidak Terlatih

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan beberapa alternatif pengasuhan dan penjagaan kanak-kanak kepada ibu bapa termasuk insentif pembukaan taska baharu dan subsidi yuran pengasuhan kepada ibu bapa.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Noriah Kasnon berkata alternatif itu bagi mengatasi masalah penjagaan anak oleh pengasuh yang tidak terlatih.

Katanya Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Taska 1Malaysia bersedia untuk membantu ibu bapa mengasuh anak mereka.

"Setakat ini, sebanyak 2,058 Taska berdaftar dan 46 Taska 1Malaysia di seluruh negara bersedia memberikan perkhidmatan kepada ibu bapa di seluruh Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Tawaran kementerian itu sebagai tindakan ke atas kejadian seorang bayi empat bulan di Kuantan, Pahang yang didera pembantu rumah warga Indonesia, pada 15 Februari lepas.

Mangsa Mohamed Hareez Mohamed Zamri dilambung beberapa kali oleh pembantu rumah itu sehingga mengalami lebam di tangan serta cedera di kaki kiri dan dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan lanjut.

Pada Selasa pembantu rumah terbabit dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun oleh Mahkamah Seksyen Kuantan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mendera Mohamed Hareez.

Noriah berkata kementerian turut mempermudahkan pendaftaran Taska baharu tanpa perlu mendapat pengesahan daripada agensi teknikal terlebih dahulu sekiranya Taska berkenaan mematuhi piawaian minimum yang ditetapkan JKM.

Selain itu, katanya kerajaan juga menyediakan insentif kepada pengusaha Taska swasta, majikan dan ibu bapa antaranya menyediakan geran pelancaran RM10,000 diberikan kepada penyedia taska swasta bagi membantu mereka membuka Taska baharu yang berkualiti.

Mereka juga diberikan pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh lima tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 peratus setahun, selain sudsidi bayaran kursus sebanyak RM180 seorang bagi pengendali atau petugas yang mengikuti Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Permata, katanya.

"Bagi Taska di tempat kerja sektor awam dan swasta pula kerajaan memperuntukkan RM200,000 kepada mana-mana kementerian dan jabatan untuk menubuhkan Taska serta subsidi yuran RM180 kepada ibu bapa yang berpendapatan RM3,000 sebulan yang menghantar anak mereka ke Taska sektor awam," katanya.

Kerajaan juga memberi insentif potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan Taska dan pengecualian cukai 10 tahun ke atas perbelanjaan pembinaan atau pembelian bangunan untuk membuka Taska, tambahnya.

Bagi pengusaha Taska 1Malaysia, Noriah berkata mereka akan memperoleh geran penubuhan RM56,000 dan geran operasi RM64,000.

"Subsidi yuran pengasuhan bagi seorang kanak-kanak yang dihantar ke Taska 1Malaysia akan diberikan RM180 seorang bagi keluarga berpendapatan RM2,000 ke bawah di bandar dan RM1,500 di luar bandar," katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai membuat aduan menerusi Talian Nur di 15999 mengenai sebarang bentuk penderaan atau penganiayaan terhadap kanak-kanak di negara ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

35 Daripada 140 Pelarian Rohingya Ditahan

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain