suria

Galak Lebih Ramai Ibu Bapa Terlibat Dalam Pendidikan Anak

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran mencadangkan agar kursus keibubapaan diperkenalkan untuk menggalakkan ibu bapa terlibat dengan lebih aktif dalam soal pendidikan anak-anak mereka.

"Sesetengah ibu bapa mungkin memerlukan bantuan dalam mempelajari bagaimana untuk berinteraksi dan menanam nilai-nilai positif dalam diri anak-anak mereka.

"Kami sedang meneliti kemungkinan untuk mengadakan kursus-kursus tersebut dengan kerjasama dari kementerian lain yang berkaitan," kata Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran, Datuk Mazlan Mohamad.

Kementerian tersebut telah membangunkan 'toolkit' bagi membimbing ibu bapa mengenai cara bagaimana untuk terlibat secara aktif dengan sekolah dan untuk sekolah berhubung dengan ibu bapa dan komuniti yang lebih besar.

Toolkit tersebut merupakan inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk meningkatkan hubungan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain