Keadaan Sekitar Lahad Datu Terkawal

KUALA LUMPUR: Keadaan di sekitar Lahad Datu, Sabah adalah terkawal ketika Angkatan Tentera dan polis masih meneruskan rundingan sejak malam tadi dengan sekumpulan rakyat asing yang mendarat dengan bot di persisiran pantai pada Selasa dengan berpakaian ala tentera dan bersenjata api.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ada penduduk di kawasan berdekatan juga telah diarah berpindah untuk jaminan keselamatan.

"Sehingga kini tiada laporan penduduk dijadikan tebusan. Dianggar jumlah kumpulan itu antara 80 orang hingga 100 orang.

"Motif kehadiran mereka juga tidak dapat didedahkan kerana ia masih terlalu awal," katanya kepada pemberita selepas hadir pada taklimat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) di Bangi, dekat sini Khamis.

Hishammuddin juga meminta semua pihak agar jangan membuat sebarang spekulasi atau menyebar khabar angin mengenai kejadian pencerobohan itu kerana boleh menyebabkan gangguan kepada rundingan berkenaan.

"Orang ramai diminta supaya jangan mempercayai sebarang khabar angin tanpa pengesahahan pihak berkuasa. Tunggu rundingan selesai kerana penjelasan pihak berkenaan (penceroboh) adalah penting," katanya.

Pada Rabu pihak berkuasa keselamatan berjaya mengepung sekumpulan lelaki rakyat asing berpakaian ala tentera dan bersenjata api yang menceroboh masuk ke Lahad Datu dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kumpulan itu menceroboh masuk disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.

Menurut sumber polis, lebih 100 anggota kumpulan, disyaki kumpulan militan dari selatan Filipina, bersenjata lengkap dan berpakaian celoreng tentera mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.

Beliau berkata pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan itu dan mengarahkan kumpulan terbabit meletak senjata serta menyerah diri. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain