Penguatkuasa Farmasi Serbu Stor Simpanan Ubat Perangsang Seks - Semasa | mStar

Penguatkuasa Farmasi Serbu Stor Simpanan Ubat Perangsang Seks

KOTA BAHARU: Cawangan Penguatkuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Kelantan menahan seorang lelaki berumur 62 tahun ketika sedang memunggah keluar ubat-ubatan perangsang seks dipercayai tiruan dan tidak berdaftar, dari sebuah stor di Wakaf Che Yeh di sini, Khamis.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata stor itu dipercayai menjadi tempat penyimpanan utama dan terbesar ubat-ubatan perangsang seks tiruan dan tidak berdaftar serta peralatan seks, bagi pasaran negeri ini.

Hasil pemeriksaan, pasukan serbuan berjaya merampas 63 item pelbagai jenama ubat perangsang seks tiruan dan tidak berdaftar serta beberapa peralatan seks bernilai kira-kira RM15,706, katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Dr Ahmad Razin berkata lelaki terbabit dipercayai sedang memunggah ubat-ubatan itu untuk dipasarkan di sekitar kawasan Wakaf Che Yeh yang menjadi pusat tumpuan orang ramai membeli-belah khususnya di waktu malam.

Beliau berkata serbuan yang dilakukan pukul 7.28 malam itu melibatkan 12 pegawai penguatkuasa farmasi dengan kerjasama anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Katanya peniaga yang menjual ubat-ubatan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan melakukan kesalahan mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh dihukum menurut Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952 yang sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Mereka juga boleh didakwa atas kesalahan memiliki untuk tujuan jualan racun berjadual mengandungi 'Sildenafil dan analognya' tanpa memiliki lesen yang sah mengikut Akta Racun 1952 (Disemak 1986).

Perbuatan itu menyalahi Seksyen 13(a) Akta Racun 1952 (Disemak 1989) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 32(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman didenda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali, katanya.

Dr Ahmad Razin berkata ubat-ubatan dan peralatan seks bernilai RM41,858 dirampas hasil lima serbuan yang dilakukan di beberapa lokasi di negeri ini sepanjang tahun lepas.

"Pada tahun lepas juga, empat kes didakwa di mahkamah dengan jumlah denda sebanyak RM4,500. Dalam satu daripada kes itu, pesalah turut dipenjara dua hari oleh Mahkamah Majistret Kota Baharu," katanya.

Beliau berkata pihaknya memandang serius kegiatan penjualan ubat-ubatan perangsang seks tiruan dan tidak berdaftar serta peralatan seksual, yang memberi imej buruk kepada bandar Kota Baharu dan masyarakat.

Katanya penggunaan ubat-ubatan peransang seks yang mengandungi "sildenafil" tanpa kawalan doktor atau ahli farmasi boleh mengakibatkan kesan sampingan amat berbahaya seperti tekanan darah rendah, sakit otot, gangguan pada perut, gangguan penglihatan, radang pundi kencing dan sesak nafas yang boleh membawa kematian. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?