Harga Hartanah Di Selangor Melonjak Kerana Dijadikan Pelaburan - Khalid Ibrahim - Semasa | mStar

Harga Hartanah Di Selangor Melonjak Kerana Dijadikan Pelaburan - Khalid Ibrahim

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata harga hartanah di negeri itu melonjak naik kerana permintaan tinggi daripada pembeli yang menjadikannya sebagai pelaburan.

Beliau juga menganggarkan harga rumah di Selangor akan terus meningkat pada masa akan datang disebabkan kewujudan pelabur hartanah itu.

Sehubungan itu kerajaan Selangor sedang mengkaji kaedah pembinaan rumah pasang siap mampu milik bagi membantu penduduk membeli rumah, katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Maklum Balas Isu-isu Dasar Pengurusan Tanah Negeri Selangor 2008-2012, di sini Khamis.

Menurutnya kerajaan negeri sedang meneliti kaedah pasang siap yang dilaksana di United Kingdom dan Australia bagi menyediakan rumah mampu milik pada harga RM150,000 seunit.

Mengulas perkara berkaitan, Abdul Khalid berkata kerajaan Selangor berjaya mengutip RM800 juta daripada hasil berkaitan tanah tahun lepas berbanding sekitar RM400 juta pada tahun-tahun sebelum ini.

Kutipan meningkat kerana penggunaan dan nilai tanah semakin meningkat di Selangor, katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

BN Tidak Pernah Ugut Pengundi - Noh Omar

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain