suria

Zahid: Bekas Tim Panglima Tentera Darat Turut Bertanggungjawab Menetapkan Standard Peralatan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan membidas kenyataan bekas timbalan panglima tentera darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid yang mendakwa alatan dan kemudahan tentera tidak mengikut mutu piawaian sebenar.

Menterinya, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata beliau seharusnya terlebih dahulu menjelaskan mutu piawaian sebenar yang dikatakan itu.

“Standard dia apa? Tanya dia balik tentang standard dia..,” soalnya selepas diminta mengulas tentang kenyataan itu dalam sidang media selepas merasmikan portal kerjaya kedua ATM, di sini, Selasa.

Jelas Zahid, ketika Abdul Ghafir menjadi timbalan panglima, beliau yang sepatutnya bertanggungjawab dalam melakukan proses menetapkan standard tersebut.

Pada Januari lalu, Abdul Ghafir mendakwa tahap piawaian peralatan dan kemudahan di kem tentera tidak menepati dana yang diperuntukkan kerajaan.

Dakwa Ghafir, kebanyakan kem di Malaysia adalah kem sementara peninggalan British dan tidak dinaiktaraf.

Tentera juga katanya tidak diberi kelengkapan yang mencukupi.

Artikel Lain