Lantik Syarikat Kaji Sumber Minyak Di Kawasan Daratan Negeri Kelantan - Husam - Semasa | mStar

Lantik Syarikat Kaji Sumber Minyak Di Kawasan Daratan Negeri Kelantan - Husam

KOTA BAHARU: Kerajaan Kelantan bersetuju pada dasarnya melantik sebuah syarikat bagi mengkaji kemungkinan wujudnya minyak di kawasan daratan negeri itu, yang boleh menjadi sumber pendapatan baharu kepada negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata bersetujuan itu dicapai pada mesyuarat mingguan Exco negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Rabu.

"Kita meluluskan pada dasarnya untuk melantik sebuah syarikat bagi memberi maklumat kepada kerajaan negeri kemungkinan terdapat kawasan pengeluaran minyak dari perut bumi Kelantan, bagi menambah pendapatan ekonomi negeri ini melalui sumber darat," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di Kota Darulnaim di sini.

Tanpa menyebut nama syarikat tersebut, Husam berkata selain menentukan lokasinya, syarikat itu akan mengkaji jumlah rizab minyak yang ada. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Hamidin dipilih presiden MFL baharu