Banjir: Pelajar Malaysia Dipindahkan Ke Dewan Malaysia Jakarta Meningkat Kepada 53 Orang - Semasa | mStar

Banjir: Pelajar Malaysia Dipindahkan Ke Dewan Malaysia Jakarta Meningkat Kepada 53 Orang

JAKARTA: Para pelajar Malaysia dari Universiti Trisakti, Jakarta Barat, yang dipindahkan sementara ke Dewan Malaysia di Jakarta Pusat dalam kejadian banjir di Jakarta, kini bertambah menjadi 53 orang.

Mereka terdiri daripada 23 pelajar perempuan dan 30 pelajar lelaki.

Pengarah Education Malaysia Prof Madya Dr Juzhar Jusoh berkata kebanyakan daripada mereka yang baru berpindah sehingga pagi ini ke Dewan Malaysia itu adalah kumpulan pelajar yang baru pulang daripada menjalani latihan klinikal di luar kotaraya Jakarta.

"Kesemua pelajar berada dalam keadaan baik kecuali beberapa orang yang mengalami batuk dan selsema. Pihak keluarga pelajar juga telah dimaklumkan mengenai situasi terkini melalui telefon," katanya di sini.

Banjir yang melanda kebanyakan kawasan di Jakarta sejak Selasa, masih menjejaskan sejumlah lagi kawasan penempatan, bahkan paras air Sungai Ciliwung terus meningkat akibat air yang turun dari daerah Depok. Hingga pagi Sabtu, banjir yang melanda kawasan Pluit di Jakarta Utara belum surut dan kawasan itu masih dinaiki air sehingga 1.5 meter.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia berkata data yang dikumpulkan sehingga pukul 7 pagi ini mencatatkan 14 kematian akibat banjir sejak Selasa lalu dan daripada jumlah itu, enam mangsa meninggal dunia akibat kejutan elektrik apabila kawasan kediaman mereka dinaiki air.

Mangsa-mangsa yang terkorban itu terdiri daripada sembilan orang dari kawasan Jakarta Barat, dua orang dari Jakarta Selatan dan masing-masing seorang dari Jakarta Timur, Jakarta Utara dan Jakarta Pusat.

Sehingga petang semalam, lebih 18,000 mangsa banjir dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir dan BNPB yang dibantu pelbagai agensi nasional serta pasukan keselamatan, sedang bertungkus lumus menguruskan bencana ini terutamanya bantuan makanan dan pakaian kepada mangsa-mangsa.

Syarikat swasta turut menyumbangkan bantuan kepada mangsa banjir, termasuk Bank Mandiri yang pada pagi Sabtu menyerahkan bantuan kemanusiaan berupa makanan, kain selimut dan ubat-ubatan bernilai Rp1.125 bilion. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain