BN Akan Beri Khidmat Bakti Jauh Lebih Baik Jika Diberi Mandat Perintah Selangor - PM - Semasa | mStar

BN Akan Beri Khidmat Bakti Jauh Lebih Baik Jika Diberi Mandat Perintah Selangor - PM

Najib (duduk, kiri) ketika menjadi tetamu radio Selangor BN FM pada majlis pelancaran radio berkenaan selepas menghadiri taklimat tertutup bersama parti komponen BN Selangor di Shah Alam, Khamis. Turut kelihatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar (kiri) dan Koordinator BN Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed (tiga, kanan). -fotoBERNAMA
Najib (duduk, kiri) ketika menjadi tetamu radio Selangor BN FM pada majlis pelancaran radio berkenaan selepas menghadiri taklimat tertutup bersama parti komponen BN Selangor di Shah Alam, Khamis. Turut kelihatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar (kiri) dan Koordinator BN Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed (tiga, kanan). -fotoBERNAMA

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) mahu mengambil alih semula pemerintahan di Selangor pada pilihan raya umum akan datang kerana ingin memberikan khidmat bakti yang jauh lebih baik daripada pentadbiran sekarang.

"BN jika diberi peluang dan mandat oleh rakyat Selangor nanti, kita akan melakukan usaha-usaha yang lebih baik, bersungguh-sungguh untuk kita mewujudkan pentadbiran yang dapat memenuhi aspirasi, kehendak dan jangkaan rakyat Selangor," katanya ketika ke udara secara langsung di SelangorBN.FM semasa melancarkan siaran radio itu di Bangunan Umno Selangor di sini, Rabu.

Najib yang juga Pengerusi BN Selangor dan Badan Perhubungan Umno negeri berkata sejak kebelakangan ini timbul banyak masalah di Selangor terutamanya berkaitan dengan janji-janji pilihan raya umum 2008 yang tidak ditunaikan.

"Maknanya mereka mungkir janji, saya pantang orang mungkir janji. Saya percaya rakyat Selangor pun bersikap demikian sebab kita rasa macam kita ni kena tipu.

"Saya tak suka kalau orang tipu saya...saya tak tahulah orang lain tapi saya percaya kita semua bersikap bahawa kalau dengan manusia ni kita kena pegang pada janji," katanya ketika diwawancara juruhebah Kavimani Muthayam.

Najib berkata pengenalan pendekatan atau medium baharu seperti radio internet SelangorBN.FM itu memberi mesej bahawa BN bersedia untuk berkhidmat jauh lebih baik daripada kerajaan negeri pimpinan PKR (Parti Keadilan Rakyat).

"Melalui siaran radio ini juga BN Selangor akan dapat maklumat timbal balas dari rakyat Selangor dan medium ini akan dijadikan landasan bagi parti memberi khidmat bakti yang lebih baik dan berkesan kepada rakyat Selangor," katanya.

"Kita merayu pada pengundi untuk memberi peluang kepada kita, saya akan menentukan bahawa Selangor tidak akan ketinggalan dalam arus pembangunan negara yang begitu pesat sebab Selangor terlalu penting terlalu strategik bagi sebuah negeri," katanya.

Beliau berkata adalah penting bagi Selangor dan Kerajaan Pusat selaras dan selari dalam dasar-dasarnya agar tidak menyusahkan rakyat seperti masalah air umpamanya.

"Kalau tidak ada kerajaan yang sama, akan bangkit begitu banyak masalah yang pastinya akan menyusahkan rakyat dan merugikan negara," katanya.

Najib berkata penggunaan radio internet merupakan satu pendekatan baharu bagi BN dan selaku sebuah parti ia mesti ada kesediaan untuk berubah dan melakukan perubahan.

"Jika kita menyarankan kepada rakyat bahawa mereka mesti berubah kita sendiri juga mesti mendahului kelok pembaharuan itu dengan menunjukkan bahawa sebagai sebuah parti politik kita sanggup menerima idea-idea baharu sama ada daripada segi dasar, program atau pendekatan," katanya.

Najib berkata zaman lepas merdeka dahulu, kerajaan menggunakan tayangan wayang gambar untuk berhubung dengan rakyat tetapi pada zaman ini kerajaan menggunakan media sosial seperti radio internet dan beliau sendiri aktif menggunakan twitter.

Turut hadir pada majlis perasmian radio itu ialah Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar, Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, Ketua Penerangan BN Selangor Datuk Yap Pian Hon, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M.Kayveas dan Naib Presiden Gerakan Senator A. Kohilan Pillay.

Radio SelangorBN.FM boleh didengar menerusi laman web www.selangorbn.fm atau muat turun applikasi Tune In Radio bagi pengguna iPhone atau Google Play bagi pengguna telefon android.

Terdahulu Najib mendengar taklimat daripada Umno bahagian Selayang, Gombak, Subang, Kelana Jaya dan Petaling Jaya Selatan selain mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti-parti komponen BN. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

BN Lemah Jika Gagal Menang Majoriti - Tun M

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain