Tag Media Langkah Proaktif Polis Jamin Keselamatan Media - Hishammuddin - Semasa | mStar

Tag Media Langkah Proaktif Polis Jamin Keselamatan Media - Hishammuddin

PUTRAJAYA: Langkah memperkenalkan tag media daripada polis untuk pengamal media yang akan bertugas semasa perhimpunan yang dianjur pembangkang di ibu negara Sabtu ini merupakan langkah proaktif pihak polis untuk menjamin keselamatan mereka.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia adalah sesuatu yang dipelajari daripada perhimpunan Bersih yang lalu, semata-mata untuk membolehkan pihak polis mengenal pasti media daripada peserta perhimpunan, tanpa agenda lain.

"Pertimbangan kita yang paling penting adalah keselamatan awam, dan apa jua keputusan yang dibuat oleh pihak-pihak berkepentingan ia bersandarkan kepada keselamatan dan ketenteraman awam," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Thailand Dr Chalerm Yoobamrung di sini, Rabu.

Hishammuddin bagaimanapun berkata soal keselamatan tidak hanya terletak di bahu pihak polis kerana pihak penganjur dan peserta perhimpunan itu sendiri turut bertanggungjawab atas keselamatan masing-masing.

Beliau berkata PDRM diyakini dapat menjamin keselamatan dan ketenteraman mereka, dengan syarat semua pihak termasuk pihak penganjur realistik dan permintaan mereka munasabah.

"Kali terakhir (Bersih) ia diadakan di jalan raya, bukannya polis yang pergi ke jalan raya. Apabila jaminan diberikan ia akan merupakan perhimpunan aman, ia tidak berlaku," katanya.

Ditanya mengenai tahanan Penjara Pulau Pinang yang meloloskan diri semasa dalam perjalanan ke Mahkamah Butterworth dengan van polis Isnin lepas, Hishammuddin berkata selain mencari mereka yang terbabit, pihak polis juga akan melihat langkah-langkah yang perlu bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

"Saya percaya mereka tahu apa yang perlu dilakukan dan apa juga penambahbaikan, kita tak pernah bantah," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain