suria

Mayat Hampir Reput Ditemui Di Batu Feringghi

GEORGE TOWN: Seorang lelaki yang sedang memancing menemui mayat hampir reput di persisiran pantai berhampiran sebuah markas tentera di Batu Feringghi di sini malam Selasa.

Mayat yang tidak dapat dikenali jantinanya itu ditemui pada pukul 8.20 malam selepas lelaki berkenaan tercium bau busuk dari kawasan sekitar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata penemuan mayat itu kemudiannya dimaklumkan kepada pihak polis.

Mayat itu dipercayai dibawa arus ke kawasan itu, katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau meminta mereka yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kes itu agar menghubungi pihak polis. - BERNAMA

Artikel Lain