Bilik Di Memorial Tun Hussein Onn Terbakar - Semasa | mStar

Bilik Di Memorial Tun Hussein Onn Terbakar

KUALA LUMPUR: Sebuah bilik yang sedang dibaik pulih d Memorial Tun Hussein Onn di Bukit Perdana di sini, terbakar malam Isnin.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sentul ketika dihubungi Bernama pada Selasa.

"Bomba menerima panggilan pada 8.56 malam dan berjaya mengawal kebakaran kira-kira 40 minit kemudian. Kebakaran melibatkan sebuah bilik pantri di tingkat tiga yang sedang dibaik pulih," katanya.

Katanya, 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Titiwangsa dan Sentul terlibat dalam operasi memadam kebakaran.

Punca dan kerugian masih disiasat, kata jurucakap itu. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain