Warga Bangladesh Didakwa Liwat Kanak-Kanak Lelaki - Semasa | mStar

Warga Bangladesh Didakwa Liwat Kanak-Kanak Lelaki

BUTTERWORTH: Seorang jurukimpal warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan meliwat seorang kanak-kanak lelaki berumur sembilan tahun pada Oktober lepas.

Md. Rezaul dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Blok B, Lorong Merak 57, Taman Merak Jaya, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan (SPS), pada 12 tengah hari, Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana tertuduh tidak memahami bahasa Malaysia dan tidak mempunyai jurubahasa.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan 23 Jan depan untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fauziah Md. Daud. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Kematian kanggaru 'sado' ditangisi