suria

Halang Tugas Pegawai DBKL: Pelajar Dipenjara Sebulan

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tahun akhir sebuah kolej swasta dipenjara sebulan dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret pada Jumaat selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya.

Majistret Zaki Asyraf Zubir memerintahkan Umar Mohamad Azmi, 23, menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.

Zaki turut memerintahkan hukuman sebulan penjara sekiranya tertuduh gagal membayar denda itu.

Pada 23 April lepas, Umar didakwa dengan sengaja menghalang seorang pegawai penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Mohd Masran Mamat, 34, menjalankan tugasnya untuk menangkap seorang lelaki.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dataran Merdeka, Jalan Raja di sini pada 8.05 pagi.

Umar didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wong Chai Sia manakala tertuduh diwakili peguam Syahredzan Johan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain