MTUC Mahu KWSP Beri Dividen Lebih Tinggi - Semasa | mStar

MTUC Mahu KWSP Beri Dividen Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengisytiharkan dividen lebih tinggi pada tahun ini berikutan peningkatan pendapatan pelaburannya.

KWSP baru-baru ini mengumumkan pendapatan pelaburannya meningkat kepada RM7.02 bilion pada suku ketiga tahun ini berakhir 30 September.

Naib Presiden MTUC A.Balasubramaniam hari ini memberitahu Bernama bahawa berdasarkan keadaan itu, adalah wajar bagi KWSP mengisytiharkan dividen lebih tinggi.

KWSP mengisytiharkan enam peratus dividen bagi 2011.

Balasubramaniam berkata majoriti daripada 10 juta pekerja sektor swasta mengharapkan dividen lebih baik daripada KWSP kerana ia merupakan satu-satunya sumber simpanan bagi mereka. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Mekanik Nafi Dera Kanak-Kanak Tiga Tahun

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

PFA gantung jawatan presiden