suria

JPJ, Beta Tegap Sdn Bhd Perlu Tutup Sendiri Kamera AES

PUTRAJAYA: Majlis Perbandaran Sepang (MPS) tidak menutup sendiri kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di dua lokasi seperti yang diumumkan, sebaliknya mengarahkan syarikat dan pihak yang bertanggungjawab yang memasangnya untuk melakukannya pada Jumaat.

Yang Dipertua MPS Mohd Sayuthi Bakar berkata MPS meminta syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menutup sendiri kamera itu.

"Penutupan kamera itu adalah melalui notis Seksyen 72(1)c di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 yang dikeluarkan pada 6 Dis (Khamis)," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata MPS akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang yang sedia ada setelah tempoh matang notis dikeluarkan.

Baru-baru ini, kerajaan Selangor mahu menutup dua kamera AES kerana mendakwa Kementerian Pengangkutan tidak memberi maklum balas terhadap pematuhan pemasangan kamera berkenaan.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan berkata keputusan itu dibuat berikutan tiada maklum balas terhadap surat yang dihantar pihak berkuasa tempatan (PBT) menuntut kementerian itu mematuhi prosedur pemasangan berkenaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain