suria

Lima Sekeluarga Maut Kereta Dinaiki Bertembung Lori Tangki

MERSING: Lima ahli keluarga, termasuk dua kanak-kanak, meninggal dunia apabila MPV yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah lori tangki di Jalan Endau-Mersing di sini, pukul 7.30 pagi, Sabtu.

Empat daripada mereka maut di tempat kejadian manakala yang lain meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Mersing.

Seorang lagi cedera parah dan dirawat di hospital yang sama.

Mangsa yang meninggal dikenalpasti sebagai Abdullah M Yusof, 43, isterinya Samsiah Maidin, 37, dua anak mereka - Muhammad Aiman ​​Syakirin Abdullah, 8 dan Maisarah Abdullah, 4, dan Noraini Maidin kakak iparnya, 41.

Kesemua mereka dari Felda Air Tawar 5 di Kota Tinggi.

Artikel Lain