suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abu Kassim Dilantik Anggotai Lembaga Gabenor IACA

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abu Kassim Mohamed dilantik sebagai Anggota Lembaga Gabenor Akademi Pencegahan Rasuah Antarabangsa (IACA) bagi penggal selama enam tahun.

Pelantikan itu sempena Perhimpunan Pertama Pihak-Pihak IACA di Bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Vienna, Austria pada Jumaat.

Menurut satu kenyataan SPRM, pelantikan itu dianggap satu daripada penghormatan tertinggi dalam inisiatif bidang pencegahan rasuah.

"Ia adalah satu penghormatan untuk mendapat perakuan daripada pakar dalam bidang pencegahan rasuah, terutama Suruhanjaya IACA," kata Abu Kassim, yang juga anggota jawatankuasa eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA).

Kenyataan itu juga memetik beliau sebagai berkata pelantikan tersebut akan memudahkan lagi pertukaran pengetahuan eksklusif serta kesalingan kepakaran antara Akademi Pencegahan Rasuah (MACA) dan IACA.

Sebelas calon dari pelbagai negara bertanding untuk pelantikan itu termasuk Naib Presiden Bulgaria Margarita Popova, Penasihat Presiden Persekutuan Rusia Sergey N.Dubik dan Pengerusi Suruhanjaya Hak Sivil dan Anti Rasuah Korea Dr Young Ran Kimm.

Kenyataan itu menyebut IACA turut melancarkan program ijazah akademik bagi siswazah dan Ijazah Sarjana dalam Pengajian Pencegahan Rasuah pada perhimpunan tersebut. BERNAMA

Artikel Sebelum

Umno Tidak Pinggirkan Kaum Lain

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia