Generasi Muda Tidak Mudah Terpengaruh Dengan Anasir Luar - Khairy - Semasa | mStar

Generasi Muda Tidak Mudah Terpengaruh Dengan Anasir Luar - Khairy

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yakin generasi muda di negara ini tidak mudah terpengaruh dengan anasir luar terutama pihak yang mahu menggulingkan kerajaan.

Beliau berkata ini kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi ruang yang cukup kepada orang muda untuk menyampaikan pandangan termasuk menerusi anggota Parlimen.

"...zaman kerajaan tahu segalanya sudah kita tamatkan, kita 'engage' generasi muda selami jiwa mereka itu dan buat segalanya untuk mereka," katanya kepada Bernama, di sini.

Anggota Parlimen Rembau itu berkata hasil inisiatif kerajaan mendekati mereka, sokongan golongan muda kepada BN kini semakin kukuh.

Selain itu tegasnya proses demokrasi di negara ini juga lebih baik berbanding di beberapa negara yang menyaksikan rakyatnya bangkit menggulingkan kerajaan.

Beliau berkata usaha kerajaan memperkasa generasi muda dapat dilihat menerusi Belanjawan 2013 dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, antaranya menyediakan peruntukan khas bagi latihan kemahiran belia.

"Pindaan Akta Universiti Kolej (AUKU) yang membolehkan mahasiswa berpolitik juga merupakan antara usaha kita memperkasa generasi muda. Ada kata takut kampus kucar-kacir jika perkara ini dilaksana.

"Tetapi sudah lebih setahun pindaan ini terlaksana, tiada kucar-kacir yang berlaku malah suara mahasiswa semakin lantang berusaha memajukan negara.

Percayalah kepada kami, kami orang muda, mahu dan akan menjadikan negara ini yang terbaik di dunia," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain