KWSP Mulakan Kempen Iklan Promosikan Pengeluaran Fleksibel Umur 55 Tahun - Semasa | mStar

KWSP Mulakan Kempen Iklan Promosikan Pengeluaran Fleksibel Umur 55 Tahun

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memulakan kempen pengiklanan untuk menggalakkan lebih ramai ahli untuk mengambil skim Pengeluaran Fleksibel Umur 55 Tahun.

Skim itu bertujuan memanjangkan simpanan pencarum ke tempoh yang lebih lama memandangkan purata jangka hayat rakyat Malaysia telah meningkat kepada 75 tahun.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata seiring dengan perkembangan negara ke arah status negara maju menjelang 2020 dengan penambahbaikan yang luar biasa kepada status sosioekonominya, rakyat Malaysia kini menikmati jangka hayat yang lebih baik.

"Sehubungan itu, ahli-ahli KWSP dinasihatkan merancang simpanan persaraan mereka dengan lebih berhemat agar kehidupan mereka lebih terjamin dari segi kewangan pada ketika usia emas masing-masing," kata beliau dalam satu kenyataan.

Nik Affendi menggesa agar ahli-ahli tidak mengeluarkan simpanan KWSP mereka pada usia 55 tahun sekali gus tetapi mengeluarkannya menerusi pilihan yang lebih fleksibel.

"Di bawah skim Pengeluaran Fleksibel Usia 55 Tahun, beberapa pilihan ditawarkan bagi membolehkan ahli-ahli menguruskan dengan baik simpanan persaraan masing-masing.

"Ahli-ahli boleh pelbagaikan jumlah kekerapan dan pengeluaran, yang termasuklah pengeluaran sebahagian ataupun bulanan, atau juga boleh meminta gabungan daripada kedua-duanya," kata beliau.

Skim itu akan melindungi ahli-ahli dalam tempoh jangka panjang untuk pendapatan biasa yang konsisten dan sekira berlakunya kecemasan, ahli-ahli boleh mengeluarkan lebih simpanan untuk keperluan segera yang ia perlukan. BERNAMA

Artikel Sebelum

KPKK Sedia Siasat Penyalahgunaan Khidmat SMS

Artikel Berikut

Lynas Dijangka Mulakan Pengeluaran Disember Ini

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain