suria

Tiga Cedera Dalam Pergaduhan Dua Keluarga Berjiran

MELAKA: Tiga lelaki cedera selepas terlibat dalam pergaduhan membabitkan dua keluarga berjiran di Taman Samarinda Alor Gajah di sini ketika sambutan Deepavali malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata dalam kejadian kira-kira 9.30 malam tadi, kedua-dua jiran itu bergaduh menggunakan kayu dan besi dipercayai akibat rasa tidak puas hati dengan pelbagai perkara termasuk bunyi bising sempena sambutan perayaan Deepavali.

Beliau berkata ekoran kejadian itu, tiga lelaki berusia antara 18 hingga 23 tahun cedera sebelum dihantar ke Hospital Alor Gajah dan dirawat sebagai pesakit luar.

Sebelum kejadian, kedua-dua jiran itu terlibat dalam perang mulut kira-kira 12.30 pagi Selasa, katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

Sehubungan itu, polis menahan lapan lelaki berusia 18 hingga 55 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Waspada Sampai Mesej Islam - Hadi

Artikel Berikut

Artikel Lain