suria

Jumlah Mangsa Banjir Di Johor Berkurangan

JOHOR BAHARU: Keadaan banjir di negeri ini beransur baik dengan jumlah mangsa yang dipindahkan semakin berkurangan.

Jika malam semalam jumlah mangsa dipindahkan mencecah lebih 2,000 orang, namun sehingga pukul 1 petang ini, mangsa yang terlibat berkurangan kepada 1,860 orang.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara, sebuah pusat pemindahan banjir juga ditutup di Daerah Batu Pahat menjadikan jumlah pusat pemindahan yang masih dibuka setakat ini di daerah itu ialah 16 buah.

Manakala di daerah Kluang, sebanyak dua pusat pemindahan masih dibuka dan sebuah di Ledang. -BERNAMA

Artikel Lain