Asia-Eropah Perlu Pesatkan Perdagangan - PM - Semasa | mStar

Asia-Eropah Perlu Pesatkan Perdagangan - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika sidang media selepas menghadiri hari pertama Mesyuarat Asia-Eropah yang berlangsung dua hari di Dewan Konvensyen Nasional di Vientiane, Laos, Isnin. -fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika sidang media selepas menghadiri hari pertama Mesyuarat Asia-Eropah yang berlangsung dua hari di Dewan Konvensyen Nasional di Vientiane, Laos, Isnin. -fotoBERNAMA

VIENTIANE: Asia berharap untuk meningkatkan perdagangan dengan Eropah secepat mungkin sebaik sahaja kesatuan itu mengatasi krisis kewangannya, kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin.

Perdana Menteri berkata perdagangan antara kedua-dua pihak itu boleh dipesatkan lagi apabila halangan dan perlindungan perdagangan diketepikan.

"Asia melihat Eropah sebagai wilayah yang penting dalam mendapatkan pelaburan baru menerusi pelaburan langsung asing dan teknologi baru terutamanya teknologi hijau," katanya kepada pemberita selepas menghadiri hari pertama Mesyuarat Asia-Eropah yang berlangsung dua hari di Dewan Konvensyen Nasional di sini.

Najib turut berharap Perjanjian Perdagangan Bebas antara Malaysia dan Eropah; serta Asean dan Eropah akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Eropah, sebaliknya, kata beliau, melihat Asia sebagai enjin pertumbuhan global yang penting memandangkan Asia menikmati pertumbuhan ekonomi antara lima dan tujuh peratus manakala Eropah pula satu peratus tahun ini.

Dalam memudahkan perdagangan antara kedua-dua wilayah itu, Najib berkata beberapa cadangan yang dibuat pada Rundingan Doha boleh dilaksanakan, termasuk menolak perlindungan dan menggalakkan liberalisasi perdagangan.

Najib berkata negara yang mempunyai ruang fiskal perlu memperkukuhkan lagi ekonomi mereka supaya mereka dapat menyumbang ke arah meningkatkan perdagangan antara kedua-dua wilayah.

"Malaysia yang berada dalam kategori ini telah meningkatkan pertumbuhan ekonominya kepada lima peratus tahun ini," katanya.

Najib turut mengadakan tiga pertemuan dua hala secara berasingan dengan Presiden Perancis Francois Hollande, Perdana Menteri Norway Jens Stoltenberg dan Perdana Menteri Pakistan Raja Pervaiz Ashraf di luar sidang kemuncak itu.

"Hollande meminta untuk bertemu saya bagi menyatakan bahawa Malaysia sebuah negara yang penting dan keperluan untuk meningkatkan hubungan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara," kata Najib.

Hollande menyatakan kesediaan negaranya untuk menawarkan produk ketenteraan dan awam, termasuk jet pejuang, helikopter, serta sistem pertahanan kepada Malaysia, kata Najib.

Perdana Menteri Malaysia turut gembira dengan pelancaran penerbangan terus Air France dari Perancis ke Kuala Lumpur mulai April tahun depan.

Dalam perbincangan dengan pemimpin Norway pula, Najib berkata Norway bersedia untuk berkongsi teknologi terkininya dengan Malaysia dalam industri minyak dan gas.

"Teknologi mereka boleh melipatgandakan jumlah minyak yang dicari gali selain teknologi robotik yang dapat menjalankan kerja mencari gali minyak di laut sedalam lebih 1,000 meter," kata Najib.

Norway, katanya juga berminat untuk menawarkan kepada Malaysia peluru berpandu kapal ke kapal memandangkan Malaysia sedang meningkatkan program pemodenan ketenteraannya.

Najib berkata rakan sejawatannya dari Pakistan, antara lain, mengundang beliau untuk menghadiri mesyuarat negara membangun D-8 yang akan diadakan di Pakistan bulan ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain