suria

Taufan Sandy: Pelajar Tinggal Di Kawasan Terjejas Selamat – Khaled Nordin

JOHOR BARU: Pelajar yang tinggal di kawasan yang terjejas oleh Taufan Sandy dapat ditangani dengan baik, di mana kebanyakannya menyatakan bahawa keadaan bertambah baik.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setakat ini tiada laporan mengenai pelajar Malaysia di Amerika Syarikat (AS) cedera atau terkandas, apabila kebanyakan mereka sudah membuat persiapan berhadapan dengan keadaan itu.

“Tidak seperti bencana alam lain seperti gempa bumi, pelajar kita akan diberikan amaran yang secukupnya mengenai taufan berkenaan,” katanya kepada para pemberita selepas melancarkan klinik 1Malaysia di Taman Rendang pada Sabtu.

“Mereka dimaklumkan supaya menyimpan bekalan dan ramai yang melakukannya,” kata beliau, sambil menambah bahawa situasi di AS semakin baik.

Artikel Berikut

Artikel Lain